Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syiah di bandar Quetta yang keluar dari rumah untuk mendirikan solat Aidulfitri telah diserang pengganas.
Menurut wartawan ABNA dari Pakistan, sebaik sahaja pengikut mazhab Syiah berkumpul untuk solat di masjid dan di atas jalan, sebuah bom kawalan jauh yang diletakkan dalam sebuah kereta meledak. Dalam kejadian tersebut puluhan Syiah dan 18 pengikut mazhab lain menjadi korban.
Mangsa pengeboman pengganas ini juga terdiri daripada kanak-kanak dan wanita di mana sebahagian daripada mereka dilaporkan cedera parah. Kesan letupan ini menyebabkan berpuluh-puluh kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian terbakar.
Hingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab, namun penduduk tempatan menganggap puak Taliban telah melakukan jenayah ini.
Ulama Syiah dan Ketua Menteri wilayah Balucistan, Nawab Islam Ra'isani mengecam keras serangan anti Syiah ini dan berharap mereka yang bertanggung jawab segera ditangkap dan dihukum.
Sementara itu pada dua hari lalu Zulfikar Mirza, bekas menteri wilayah Sind dan anggota Parti Hizbul Hakim Pakistan dalam wawancara siaran langsung di televisyen mengatakan, "Setelah pengeboman di hari Asyura, beberapa orang yang memakai pakaian hitam berlakon sebagai Syiah telah membakar kedai-kedai. Perkara ini telah kami siasat secara serius. Ketika ketua kumpulan ini kami tangkap, beliau mendedahkan banyak perkara dan telah memaklumkan bahawa dibalik kejadian-kejadian ini adalah pihak MQM. Penjenayah tersebut telah meledakkan bom dan membakar kedai-kedai setelah itu sedangkan sebelumnya tidak diketahui angkara siapa".
2 September 2011 - 19:30
News ID: 263307
Bom kawalan jauh meledak di wilayah Balucistan, Pakistan menyebabkan kematian dan kecederaan puluhan penduduk bermazhab Syiah.